🕋 RAMADAN SEBAGAI MEDAN SULUK DAN TAJALLI BAGI SEORANG SALIK
🔹 Matan Qalam:
(شَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرُ التَّزْكِيَةِ وَالتَّجْرِيْدِ، فِيْهِ تُنْقَلُ النُّفُوْسُ اِلَى الْقُلُوْبِ، وَالْقُلُوْبُ اِلَى الرُّوْحِ، وَالرُّوْحُ اِلَى السِّرِّ، حَتَّى يَبْلُغَ الْعَبْدُ مَقَامَ الْفَنَاءْ ثُمَّ الْبَقَاءْ)
🔹 Terjemahannya:
Bulan Ramadan ialah bulan penyucian dan penanggalan diri,
di dalamnya nafs dipindahkan kepada qalb,
qalb kepada ruh,
dan ruh kepada sirr,
sehingga seorang hamba sampai ke maqam fana kemudian baqa.
✍️ Muqadimah:
Dalam jalan tasawuf, Ramadhan bukan sekadar musim ibadah,
tetapi ia adalah madrasah Ilahi yang Allah sediakan setiap tahun
untuk menukar keadaan batin hamba.
Para salik melihat Ramadhan sebagai pintu besar futuh,
di mana tabir dunia ditipiskan
dan cahaya akhirat dibukakan.
✍️ Pengenalan:
Ramadan dalam pandangan tasawuf bukan sekadar bulan ibadah zahir, tetapi ia adalah dua medan besar yang Allah buka serentak kepada hamba-hambaNya, iaitu:
Medan Suluk dan Medan Tajalli.
🔹 Medan Suluk:
Medan Suluk bermaksud:
▪️Ruang atau keadaan hidup di mana seorang hamba sedang berjalan menuju Allah.
▪️Ia bukan tempat fizikal, tetapi keadaan batin dan perjalanan rohani.
👉Dalam bahasa tasawuf:
Medan suluk ialah proses memindahkan diri ▪️dari (نفس) kepada (قلب),
▪️dari (قلب) kepada (روح),
▪️dari (روح) kepada (سرّ).
👉ertinya tiada lagi “aku yang berzikir”, yang ada hanyalah hudhur dan fana.
👉Contohnya: Ramadan disebut medan suluk kerana:
▪️lapar mematahkan (نفس)
▪️qiyam menghidupkan (قلب)
▪️al Quran menyucikan (روح)
▪️ikhlas membuka (سرّ)
👉Maka seorang hamba bergerak naik secara rohani di dalamnya.
🔹 Medan Tajalli:
Medan Tajalli bermaksud:
👉Keadaan di mana Allah menzahirkan cahaya dan sifatNya ke dalam hati hamba.
👉Jika suluk ialah usaha hamba berjalan,
tajalli ialah Allah mendekat dan memperkenalkan DiriNya.
👉Dalam bahasa sufi:
▪️Suluk = engkau menuju Allah
▪️Tajalli = Terbitnya musyahadah hati kepada Allah yang datang kepadamu
👉Contohnya: Dalam Ramadhan:
seorang hamba lapar → itu suluk
👉hatinya tiba-tiba dipenuhi khusyuk, takut, rindu, hati tiba-tiba tenang → itu menandakan berlakunya proses tajalli rahmat (تَجَلِّي رَحْمَةِ اللّٰهِ فِي قُلُوبِ الْعِبَاد)
Tajalli rahmat Allah di dalam hati para hamba.
👉Ringkasnya istilah makna:
🔹Medan Suluk:
▪️Tempat latihan berjalan menuju Allah
🔹Medan Tajalli:
▪️Tempat Allah menurunkan cahayaNya
Atau dengan kata halus para arif:
▪️Suluk mengosongkanmu,
▪️Tajalli memenuhi kamu.
👉Hati yang telah sunyi dari kehendak diri, dipenuhi oleh kehadiran, nur dan sifat Allah.
👉Ia berfungsi untuk mengosongkan diri daripada:
▪️rasa “aku”
▪️kehendak nafs
▪️cinta dunia
▪️sandaran kepada makhluk
👉Dalam bahasa sufi:
▪️Suluk mematikan (نفس)
▪️supaya (قلب) dan (روح) boleh hidup.
👉Jadi “mengosongkanmu” bermaksud:
Allah mengeluarkan ananiyah dirimu hingga tampak nur dan tajali sifat Allah.
🔹Seorang salik berjalan kepada Allah melalui peringkat:
▪️Nafs(نَفْس)
▪️Qalb(قَلْب)
▪️Ruh(رُوْح)
▪️Sirr(سِرّ)
👉Atau kata para wali:
Kosongkan cawanmu dari air keruh,
maka Allah akan mengisinya dengan cahaya.
✅ Tafsir Sufi / Isyari:
Ramadhan pada zahirnya ialah:
menahan diri dari yang halal
👉Tetapi pada batinnya ialah:
▪️menahan hati dari selain Allah.
👉Dalam isyari sufi:
▪️lapar mematahkan (نَفْس)
▪️diam membersihkan (قَلْب)
▪️qiyam menghidupkan (رُوْح)
▪️ikhlas membuka (سِرّ)
👉Maka Ramadhan ialah suluk secara menyeluruh yang Allah wajibkan ke atas seluruh umat Islam.
✅ Dalil Berkaitan Maksud Terjemahan
Allah berfirman:
وَيُزَكِّيهِمْ
“Dan Dia menyucikan mereka.”
(ini menunjukkan tujuan ibadah ialah (تَزْكِيَة) tazkiyah)
👉kemudian
(وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ)
▪️Dia mengajarkan Kitab dan Hikmah
Isyarinya:
👉ertinya hati mesti disucikan sebelum cahaya ilmu boleh masuk.
🔹Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa berpuasa dengan iman dan ihtisab, diampunkan dosa-dosanya.”
👉Isyarinya:
▪️iman itu (قَلْب)
▪️ihtisab itu (سِرّ)— hati yang beramal sambil memandang Allah, bukan amal itu sendiri.
👉maka puasa yang benar mengangkat salik dari nafs kepada batin.
Contoh: Orang awam lapar, salik pula lapar dari dunia.
🔹Firman Allah:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ… لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu mencapai taqwa.”
(al-Baqarah ayat 183)
Isyarinya: puasa melahirkan hadur dan muraqabah.
🔹Hadis:
(مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)
📖 Terjemahan Hadis:
“Barangsiapa yang berpuasa bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah, maka akan diampunkan baginya dosa‑dosanya yang telah lalu.”
(Sunan Ibnu Majah, Musnad Ahmad, Sunan An‑Nasai dan diriwayatkan juga oleh al‑Bukhari dan Muslim)
👉“Barangsiapa berpuasa dengan iman dan ihtisab…”
▪️Iman = hadir hati
▪️Ihtisab = menafikan diri
✅ Qalam Ulamak Sufi:
🔹Qalam Syeikh Abu Madyan:
(الصَّوْمُ لَيْسَ تَرْكَ الطَّعَامِ، وَلَكِنْ تَرْكَ السِّوَى)
▪️Terjemahan:
Puasa bukan meninggalkan makanan, tetapi meninggalkan selain Allah.
▪️Huraian: Ramadhan memutuskan ikatan salik dari makhluk dan menyambungkannya dengan al Haqq.
👉Contoh: Orang biasa menunggu berbuka,
salik menunggu tajalli.
🔹Syeikh Abu al Hasan al Syazili:
(مَا نَقَصَ شَيْءٌ لِلّٰهِ اِلَّا زَادَهُ اللّٰهُ مِنْ فَضْلِهِ)
▪️ Terjemahan:
Tidaklah sesuatu itu dikurangkan kerana Allah, melainkan Allah akan menambahnya dengan kurniaNya.
▪️ Huraian:
Apabila seorang hamba “dikurangkan”:
▪️kehendaknya
▪️nafsunya
▪️egon keakuanya
▪️sandaran kepada makhluk
👉kerana Allah (melalui puasa, mujahadah dan suluk),
👉maka Allah akan menggantikan kehilangan itu dengan:
▪️yakin
▪️ketenangan
▪️cahaya
▪️hampir kepadaNya.
👉Inilah hakikat:
▪️Suluk mengosongkan,
▪️Tajalli memenuhi.
👉 Contohnya:
Seorang salik kehilangan:
▪️selera
▪️tidur
▪️keselesaan dalam Ramadhan.
👉Tetapi dia mendapat:
▪️ketenangan
▪️khusyuk
▪️rasa dekat dengan Allah.
👉Itulah tukar ganti Ilahi.
✅Marhalah Suluk Ramadhan:
1. Takhalli – Pengosongan
Lapar dan letih meruntuhkan nafs.
2. Tahalli – Penghiasan
Allah menanam sabar, khusyuk dan takut.
3. Tajalli – Penyingkapan
Hati mula merasa dekat dan terang dalam penyaksian.
4. Fana halus -fana’ dari syahwat → fana’ dari diri → fana’ dalam Allah
Lenyapnya kesedaran terhadap diri dan makhluk kerana tenggelam dalam penyaksian Allah..
✅ Intipati
Ramadhan ialah bulan pemindahan batin
▪️Dari (نَفْس) ke (قَلْب)
▪️Dari (قَلْب) ke (رُوْح)
▪️Dari (رُوْح) ke (سِرّ)
👉Hingga fana dan baqa
✳️ Kesimpulan:
Siapa yang masuk Ramadhan dengan nafs, dan keluar dengan qalb yang hidup, itulah orang yang berjaya dalam suluk.
Ramadhan bukan diukur dengan berapa rakaat, tetapi dengan berapa banyak diri yang mati.
👉Yang mati bukan jasad, tetapi:
▪️mati (اَنَا)
▪️mati kehendak
▪️mati tuntutan
👉Apabila diri mati, maka:
Allah hidup dalam hati.
👉Itulah permulaan (فَنَا)
dan pintu kepada (بَقَا).
🌷 Penutup Qalam Sufi
“Apabila Ramadhan mengosongkanmu dari dirimu, maka Allah akan memenuhimu dengan DiriNya.”
👉Secara Isyari:
Dan bila hati sudah kosong dari selain Allah,
Allah tidak membiarkan kekosongan itu, tetapi Dia mengisinya dengan:
▪️nur yakin
▪️rasa hampir
▪️hudur
▪️manis iman
👉 ertinya seluruh rohani akan sentiasa berpaut hati kepadaNya.
——————————
Waullahua’allam.
SalamPerkongsian.
#KalamSalikin



