Ramadan.

๐Ÿ•‹ RAMADAN SEBAGAI MEDAN SULUK DAN TAJALLI BAGI SEORANG SALIK

๐Ÿ”น Matan Qalam:
(ุดูŽู‡ู’ุฑู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุดูŽู‡ู’ุฑู ุงู„ุชู‘ูŽุฒู’ูƒููŠูŽุฉู ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽุฌู’ุฑููŠู’ุฏูุŒ ูููŠู’ู‡ู ุชูู†ู’ู‚ูŽู„ู ุงู„ู†ู‘ููููˆู’ุณู ุงูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู‚ูู„ููˆู’ุจูุŒ ูˆูŽุงู„ู’ู‚ูู„ููˆู’ุจู ุงูู„ูŽู‰ ุงู„ุฑู‘ููˆู’ุญูุŒ ูˆูŽุงู„ุฑู‘ููˆู’ุญู ุงูู„ูŽู‰ ุงู„ุณู‘ูุฑู‘ูุŒ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุจู’ู„ูุบูŽ ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู ู…ูŽู‚ูŽุงู…ูŽ ุงู„ู’ููŽู†ูŽุงุกู’ ุซูู…ู‘ูŽ ุงู„ู’ุจูŽู‚ูŽุงุกู’)
๐Ÿ”น Terjemahannya:
Bulan Ramadan ialah bulan penyucian dan penanggalan diri,
di dalamnya nafs dipindahkan kepada qalb,
qalb kepada ruh,
dan ruh kepada sirr,
sehingga seorang hamba sampai ke maqam fana kemudian baqa.

โœ๏ธ Muqadimah:
Dalam jalan tasawuf, Ramadhan bukan sekadar musim ibadah,
tetapi ia adalah madrasah Ilahi yang Allah sediakan setiap tahun
untuk menukar keadaan batin hamba.
Para salik melihat Ramadhan sebagai pintu besar futuh,
di mana tabir dunia ditipiskan
dan cahaya akhirat dibukakan.

โœ๏ธ Pengenalan:
Ramadan dalam pandangan tasawuf bukan sekadar bulan ibadah zahir, tetapi ia adalah dua medan besar yang Allah buka serentak kepada hamba-hambaNya, iaitu:
Medan Suluk dan Medan Tajalli.

๐Ÿ”น Medan Suluk:
Medan Suluk bermaksud:
โ–ช๏ธRuang atau keadaan hidup di mana seorang hamba sedang berjalan menuju Allah.
โ–ช๏ธIa bukan tempat fizikal, tetapi keadaan batin dan perjalanan rohani.
๐Ÿ‘‰Dalam bahasa tasawuf:
Medan suluk ialah proses memindahkan diri โ–ช๏ธdari (ู†ูุณ) kepada (ู‚ู„ุจ),
โ–ช๏ธdari (ู‚ู„ุจ) kepada (ุฑูˆุญ),
โ–ช๏ธdari (ุฑูˆุญ) kepada (ุณุฑู‘).
๐Ÿ‘‰ertinya tiada lagi โ€œaku yang berzikirโ€, yang ada hanyalah hudhur dan fana.

๐Ÿ‘‰Contohnya: Ramadan disebut medan suluk kerana:
โ–ช๏ธlapar mematahkan (ู†ูุณ)
โ–ช๏ธqiyam menghidupkan (ู‚ู„ุจ)
โ–ช๏ธal Quran menyucikan (ุฑูˆุญ)
โ–ช๏ธikhlas membuka (ุณุฑู‘)
๐Ÿ‘‰Maka seorang hamba bergerak naik secara rohani di dalamnya.

๐Ÿ”น Medan Tajalli:
Medan Tajalli bermaksud:
๐Ÿ‘‰Keadaan di mana Allah menzahirkan cahaya dan sifatNya ke dalam hati hamba.
๐Ÿ‘‰Jika suluk ialah usaha hamba berjalan,
tajalli ialah Allah mendekat dan memperkenalkan DiriNya.
๐Ÿ‘‰Dalam bahasa sufi:
โ–ช๏ธSuluk = engkau menuju Allah
โ–ช๏ธTajalli = Terbitnya musyahadah hati kepada Allah yang datang kepadamu
๐Ÿ‘‰Contohnya: Dalam Ramadhan:
seorang hamba lapar โ†’ itu suluk
๐Ÿ‘‰hatinya tiba-tiba dipenuhi khusyuk, takut, rindu, hati tiba-tiba tenang โ†’ itu menandakan berlakunya proses tajalli rahmat (ุชูŽุฌูŽู„ูู‘ูŠ ุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ูููŠ ู‚ูู„ููˆุจู ุงู„ู’ุนูุจูŽุงุฏ)
Tajalli rahmat Allah di dalam hati para hamba.
๐Ÿ‘‰Ringkasnya istilah makna:
๐Ÿ”นMedan Suluk:
โ–ช๏ธTempat latihan berjalan menuju Allah
๐Ÿ”นMedan Tajalli:
โ–ช๏ธTempat Allah menurunkan cahayaNya
Atau dengan kata halus para arif:
โ–ช๏ธSuluk mengosongkanmu,
โ–ช๏ธTajalli memenuhi kamu.
๐Ÿ‘‰Hati yang telah sunyi dari kehendak diri, dipenuhi oleh kehadiran, nur dan sifat Allah.
๐Ÿ‘‰Ia berfungsi untuk mengosongkan diri daripada:
โ–ช๏ธrasa โ€œakuโ€
โ–ช๏ธkehendak nafs
โ–ช๏ธcinta dunia
โ–ช๏ธsandaran kepada makhluk
๐Ÿ‘‰Dalam bahasa sufi:
โ–ช๏ธSuluk mematikan (ู†ูุณ)
โ–ช๏ธsupaya (ู‚ู„ุจ) dan (ุฑูˆุญ) boleh hidup.
๐Ÿ‘‰Jadi โ€œmengosongkanmuโ€ bermaksud:
Allah mengeluarkan ananiyah dirimu hingga tampak nur dan tajali sifat Allah.

๐Ÿ”นSeorang salik berjalan kepada Allah melalui peringkat:
โ–ช๏ธNafs(ู†ูŽูู’ุณ)
โ–ช๏ธQalb(ู‚ูŽู„ู’ุจ)
โ–ช๏ธRuh(ุฑููˆู’ุญ)
โ–ช๏ธSirr(ุณูุฑู‘)
๐Ÿ‘‰Atau kata para wali:
Kosongkan cawanmu dari air keruh,
maka Allah akan mengisinya dengan cahaya.

โœ… Tafsir Sufi / Isyari:
Ramadhan pada zahirnya ialah:
menahan diri dari yang halal
๐Ÿ‘‰Tetapi pada batinnya ialah:
โ–ช๏ธmenahan hati dari selain Allah.
๐Ÿ‘‰Dalam isyari sufi:
โ–ช๏ธlapar mematahkan (ู†ูŽูู’ุณ)
โ–ช๏ธdiam membersihkan (ู‚ูŽู„ู’ุจ)
โ–ช๏ธqiyam menghidupkan (ุฑููˆู’ุญ)
โ–ช๏ธikhlas membuka (ุณูุฑู‘)
๐Ÿ‘‰Maka Ramadhan ialah suluk secara menyeluruh yang Allah wajibkan ke atas seluruh umat Islam.

โœ… Dalil Berkaitan Maksud Terjemahan
Allah berfirman:
ูˆูŽูŠูุฒูŽูƒู‘ููŠู‡ูู…ู’
โ€œDan Dia menyucikan mereka.โ€
(ini menunjukkan tujuan ibadah ialah (ุชูŽุฒู’ูƒููŠูŽุฉ) tazkiyah)
๐Ÿ‘‰kemudian
(ูˆูŽูŠูุนูŽู„ู‘ูู…ูู‡ูู…ู ุงู„ู’ูƒูุชูŽุงุจูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุญููƒู’ู…ูŽุฉูŽ)
โ–ช๏ธDia mengajarkan Kitab dan Hikmah
Isyarinya:
๐Ÿ‘‰ertinya hati mesti disucikan sebelum cahaya ilmu boleh masuk.

๐Ÿ”นRasulullah ๏ทบ bersabda:
โ€œBarangsiapa berpuasa dengan iman dan ihtisab, diampunkan dosa-dosanya.โ€
๐Ÿ‘‰Isyarinya:
โ–ช๏ธiman itu (ู‚ูŽู„ู’ุจ)
โ–ช๏ธihtisab itu (ุณูุฑู‘)โ€” hati yang beramal sambil memandang Allah, bukan amal itu sendiri.
๐Ÿ‘‰maka puasa yang benar mengangkat salik dari nafs kepada batin.
Contoh: Orang awam lapar, salik pula lapar dari dunia.

๐Ÿ”นFirman Allah:
ูŠูฐู“ุงูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู’ู†ูŽ ุงูฐู…ูŽู†ููˆู’ุง ูƒูุชูุจูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ูโ€ฆ ู„ูŽุนูŽู„ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุชูŽุชู‘ูŽู‚ููˆู’ู†ูŽ
โ€œWahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu mencapai taqwa.โ€
(al-Baqarah ayat 183)
Isyarinya: puasa melahirkan hadur dan muraqabah.

๐Ÿ”นHadis:
(ู…ูŽู†ู’ ุตูŽุงู…ูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุฅููŠู…ูŽุงู†ู‹ุง ูˆูŽุงุญู’ุชูุณูŽุงุจู‹ุง ุบูููุฑูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูŽุง ุชูŽู‚ูŽุฏู‘ูŽู…ูŽ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู†ู’ุจูู‡ู)
๐Ÿ“– Terjemahan Hadis:
โ€œBarangsiapa yang berpuasa bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah, maka akan diampunkan baginya dosaโ€‘dosanya yang telah lalu.โ€
(Sunan Ibnu Majah, Musnad Ahmad, Sunan Anโ€‘Nasai dan diriwayatkan juga oleh alโ€‘Bukhari dan Muslim)
๐Ÿ‘‰โ€œBarangsiapa berpuasa dengan iman dan ihtisabโ€ฆโ€
โ–ช๏ธIman = hadir hati
โ–ช๏ธIhtisab = menafikan diri

โœ… Qalam Ulamak Sufi:
๐Ÿ”นQalam Syeikh Abu Madyan:
(ุงู„ุตู‘ูŽูˆู’ู…ู ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ุชูŽุฑู’ูƒูŽ ุงู„ุทู‘ูŽุนูŽุงู…ูุŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ุชูŽุฑู’ูƒูŽ ุงู„ุณู‘ููˆูŽู‰)
โ–ช๏ธTerjemahan:
Puasa bukan meninggalkan makanan, tetapi meninggalkan selain Allah.
โ–ช๏ธHuraian: Ramadhan memutuskan ikatan salik dari makhluk dan menyambungkannya dengan al Haqq.
๐Ÿ‘‰Contoh: Orang biasa menunggu berbuka,
salik menunggu tajalli.

๐Ÿ”นSyeikh Abu al Hasan al Syazili:
(ู…ูŽุง ู†ูŽู‚ูŽุตูŽ ุดูŽูŠู’ุกูŒ ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ุงูู„ู‘ูŽุง ุฒูŽุงุฏูŽู‡ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ู…ูู†ู’ ููŽุถู’ู„ูู‡ู)
โ–ช๏ธ Terjemahan:
Tidaklah sesuatu itu dikurangkan kerana Allah, melainkan Allah akan menambahnya dengan kurniaNya.
โ–ช๏ธ Huraian:
Apabila seorang hamba โ€œdikurangkanโ€:
โ–ช๏ธkehendaknya
โ–ช๏ธnafsunya
โ–ช๏ธegon keakuanya
โ–ช๏ธsandaran kepada makhluk
๐Ÿ‘‰kerana Allah (melalui puasa, mujahadah dan suluk),
๐Ÿ‘‰maka Allah akan menggantikan kehilangan itu dengan:
โ–ช๏ธyakin
โ–ช๏ธketenangan
โ–ช๏ธcahaya
โ–ช๏ธhampir kepadaNya.
๐Ÿ‘‰Inilah hakikat:
โ–ช๏ธSuluk mengosongkan,
โ–ช๏ธTajalli memenuhi.
๐Ÿ‘‰ Contohnya:
Seorang salik kehilangan:
โ–ช๏ธselera
โ–ช๏ธtidur
โ–ช๏ธkeselesaan dalam Ramadhan.
๐Ÿ‘‰Tetapi dia mendapat:
โ–ช๏ธketenangan
โ–ช๏ธkhusyuk
โ–ช๏ธrasa dekat dengan Allah.
๐Ÿ‘‰Itulah tukar ganti Ilahi.

โœ…Marhalah Suluk Ramadhan:
1. Takhalli โ€“ Pengosongan
Lapar dan letih meruntuhkan nafs.
2. Tahalli โ€“ Penghiasan
Allah menanam sabar, khusyuk dan takut.
3. Tajalli โ€“ Penyingkapan
Hati mula merasa dekat dan terang dalam penyaksian.
4. Fana halus -fana’ dari syahwat โ†’ fanaโ€™ dari diri โ†’ fanaโ€™ dalam Allah
Lenyapnya kesedaran terhadap diri dan makhluk kerana tenggelam dalam penyaksian Allah..

โœ… Intipati
Ramadhan ialah bulan pemindahan batin
โ–ช๏ธDari (ู†ูŽูู’ุณ) ke (ู‚ูŽู„ู’ุจ)
โ–ช๏ธDari (ู‚ูŽู„ู’ุจ) ke (ุฑููˆู’ุญ)
โ–ช๏ธDari (ุฑููˆู’ุญ) ke (ุณูุฑู‘)
๐Ÿ‘‰Hingga fana dan baqa

โœณ๏ธ Kesimpulan:
Siapa yang masuk Ramadhan dengan nafs, dan keluar dengan qalb yang hidup, itulah orang yang berjaya dalam suluk.
Ramadhan bukan diukur dengan berapa rakaat, tetapi dengan berapa banyak diri yang mati.
๐Ÿ‘‰Yang mati bukan jasad, tetapi:
โ–ช๏ธmati (ุงูŽู†ูŽุง)
โ–ช๏ธmati kehendak
โ–ช๏ธmati tuntutan
๐Ÿ‘‰Apabila diri mati, maka:
Allah hidup dalam hati.
๐Ÿ‘‰Itulah permulaan (ููŽู†ูŽุง)
dan pintu kepada (ุจูŽู‚ูŽุง).

๐ŸŒท Penutup Qalam Sufi
โ€œApabila Ramadhan mengosongkanmu dari dirimu, maka Allah akan memenuhimu dengan DiriNya.โ€
๐Ÿ‘‰Secara Isyari:
Dan bila hati sudah kosong dari selain Allah,
Allah tidak membiarkan kekosongan itu, tetapi Dia mengisinya dengan:
โ–ช๏ธnur yakin
โ–ช๏ธrasa hampir
โ–ช๏ธhudur
โ–ช๏ธmanis iman
๐Ÿ‘‰ ertinya seluruh rohani akan sentiasa berpaut hati kepadaNya.
——————————
Waullahua’allam.
SalamPerkongsian.
#KalamSalikin

Leave a Comment